Festival Buku Islami (FBI) merupakan komponen perbukuan bagi Festival Turath Islami Malaysia (FTIM). Diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun 2025 ketika Festival Turath Islami Selangor, FBI direncanakan sebagai sebuah ruang untuk sekeluarga meneroka pelbagai pemikiran menerusi buku dan aktiviti.
Untuk menghubungkan semula pembaca hari ini dengan tradisi intelektual Islam dan keselarasannya dengan kehidupan kita.
Kami berharap untuk menyumbang kepada:
Sudut Panduan Buku merupakan satu inisiatif pembacaan terbimbing yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada Festival Buku Islami. Ramai pengunjung tiba di pesta buku tanpa mengetahui dari mana mahu bermula. Ada yang belum biasa dengan buku-buku yang ada, manakala yang lain berhasrat untuk mendalami sesuatu bidang dengan lebih mendalam.
Sudut Panduan Buku menyediakan titik mula yang mesra buat para pengunjung festival. Menerusi sesi perbualan, pengunjung dipandu untuk mengenali pelbagai buku, pemikiran, serta hala tuju pembacaan yang berkaitan dengan tema pesta buku ini.
Para pengunjung juga boleh menelusuri sendiri jualan buku yang juga dipandu dengan tag buku. Mereka akan menemukan penjual buku-buku yang telah dipilih dengan penanda tersebut di sepanjang gerai-gerai.
Diri sebagai Makhluk yang Bertanggungjawab
(Mengenal Diri)
Diri dalam Hubungan dengan Allah
(Tujuan dan Arah)
Diri Memerlukan Keteraturan
(Disiplin dan Integriti)
Diri yang Dizahirkan Melalui Amal
(Amal dan Tanggungjawab)
Diri di dalam Tatanan yang Lebih Luas
(Ummah dan Peradaban)
